Cara Rawatan

(1) Process Pengesanan Penyakit

Setiap Pesakit kami akan dianalisa kesihatannya dengan menggunakan Radionic Analytical Computer yang menganalisa cebisan rambut pesakit bagi mengetahui gangguan yang dialami, punca dan tahap sakit. Kami hanya memerlukan beberapa helai rambut pesakit untuk memberikan rawatan. Pesakit yang tidak dapat hadir tidak perlu hadir ke pusat rawatan kami untuk proses Pengesanan Penyakit ini.

(2) Process Rawatan

Dengan menggunakan Radionic Analytical Computer juga kami akan memilih Penawar Homeopathy yang paling sesuai untuk diambil oleh pesakit. Penawar Homeopathy yang kami beri disediakan dengan menggunakan Electro Vibro Potentiser (EVP) yang dilengkapi dengan Auto Solitron Laser (ASL) untuk mendapatkan kekuatan (potency) ubat yang paling sesuai untuk pesakit. Alhamdululllah penyediaan ubat Homeopathy melalui kaedah ini didapati berkesan dan ubat Homeopathy yang kami sediakan melalui kaedah ini tidak menggunakan ‘Ticture’ yang mengandungi Alkohol dan 100% halal.

(3) Process Rawatan Intensif (Tambahan)

Sebagai tambahan kami juga merawat dengan kaedah Radiobiology Therapy; dimana dengan menggunakan alat Multiple Wave Oscillator (MWO); Gelombang Radiobiology (seumpama gelombang magnet) diarahkan terus kebahagian yang sakit. Mengikut kaedah ini sel-sel yang sakit akan terangsang dan terus bertindak untuk pemulihan. Rawatan Intensif ini dijalankan untuk selama 7 Hari. Kaedah ini banyak membantu pesakit-pesakit kronik dan mereka yang sedang didalam kesakitan.

“HARUSLAH DIINGAT BAHAWA DIDALAM SISTEM RAWATAN SEMULAJADI (NATURAL MEDICINE) SAPERTI HOMEOPATHY; PENAWAR-PENAWAR YANG DIBERIKAN AKAN MEMBANTU UNTUK MENGUATKAN TENAGA HAYAT (VITAL FORCE) SEORANG PESAKIT . IANYA BERFUNGSI UNTUK MEMULAKAN PROSES PENYEMBUHAN. KAEDAH INI MEMBANTU PESAKIT UNTUK PULIH SECARA SENDIRI DAN INSYAALLAH PENYEMBUHAN DIRINYA TADI ADALAH SECARA MENYELURUH DAN BUKAN TERBATAS KEPADA SESUATU ORGAN.”